Carian
PowerToys – Perisian Membuat Kustomasi Pada Windows 10 Dari Microsoft
June 24, 2020 Fahim Zahar

Ingat lagi zaman Windows XP atau Windows Vista? Terdapat banyak perisian yang membenarkan pengguna membuat kustomasi pada sistem operasi ini. Ada tema yang ringkas, ada tema yang mengubah pada keseluruhan sistem, menukar ikon, ubah logo boot dan banyak lagi. Tetapi sejak Windows versi moden – Windows 8 sehinggalah Windows 10 kemampuan membuat kustomasi secara mendalam ini terhad.

Melalui laman Github, Microsoft telah membina satu perisian percuma yang digelar PowerToys – ia membolehkan pengguna membuat kustomasi pada Windows 10 dengan mudah. Antara fungsi yang diperkenalkan adalah;

  • FancyZones – Mengubah susun atur tetingkap aplikasi terbuka bagi memudahkan lagi kerja-kerja multi-tugasan.
  • PowerToys Run – Tetingkap kecil dengan bar carian untuk memudahkan lagi carian fail atau perisian dalam Windows dengan pengalaman penggunaan seperti telefon pintar.
  • Image Resizer – Mengubah saiz, resolusi imej dengan sepantas klik-kanan.
  • File Explorer Preview – Membolehkan fail .svg dan markdown dilihat pada File Explorer.
  • Keyboard Manager – Seperti namanya sendiri, ia membolehkan pengguna menetapkan input kekunci pada papan kekunci.
  • Shortcut Guide – Seakan macOS, memaparkan segala pintasan yang boleh dibuat pada Windows.
  • PowerRename – Mengubah nama pada fail dengan lebih mudah, kini boleh menamakan semula banyak fail serentak.

Perisian ini masih lagi dalam ujian dan akan ada sedikit pepijat, berdasarkan apa yang Windows Central demo – ia dilihat cukup stabil untuk penggunaan harian. Jika anda sudah bosan dengan Windows 10 dan inginkan sesuatu yang lain – ini adalah satu perisian terbaik dan selamat digunakan.

Komen