Lenovo Malaysia Mengemaskini Siri ThinkPad E Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 4000U

Lenovo Malaysia Mengemaskini Siri ThinkPad E Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 4000U

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Siri komputer riba Lenovo ThinkPad dikenali dan digunakan ramai orang khususnya untuk tujuan produktiviti di pejabat oleh kerana kualiti dan prestasinya yang jauh lebih baik berbanding dengan banyak pilihan diluar sana.

Terkini, Lenovo Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini model Lenovo ThinkPad E14 dan Lenovo ThinkPad E15 dengan pilihan APU daripada AMD, iaitu siri AMD Ryzen 4000U.

ThinkPad E14 hadir dengan pilihan paparan IPS ataupun TN bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD. Komputer riba ini juga hanya seberat 1.59kg dan mempunyai ketebalah 1.8kg yang membuatkannya cukup ringan dan nipis untuk dibawa kemana-mana.

Lenovo ThinkPad E14 dikuasakan oleh pilihan APU AMD Ryzen 5 4500U dan AMD Ryzen 7 4700U dengan pilihan memori DDR4 sebanyak 24GB dan storan SSD sebesar 1TB. Lenovo juga menjanjikan jangkahayat bateri selama 13 jam dengan satu pengecasan penuh.

Menariknya Lenovo ThinkPad E15 hadir dengan spesifikasi yang sama seperti ThinkPad E14 dan perbezaan yang dapat dilihat hanyalah dari segi saiz paparan (15.6 inci), rangka dan jangkahayat bateri yang sedikit lebih rendah.

Lenovo ThinkPad E14 dan ThinkPad E15 yang dikuasakan AMD Ryzen 4000 boleh ditempah melalui pengedar SNS Network (M) Sdn Bhd pada harga bermula RM3499 (ThinkPad E14) dan RM3449 (ThinkPad E15).



TIPS & ULASAN