Cari @ Amanz

Siri ConceptD dari Acer dilihat semakin berkembang tahun demi tahun. Tahun lepas sudah banyak yang mereka lancarkan, dari komputer riba sehinggalah ke PC dan dari yang mampu milik sehinggalah yang harga mahal tidak masuk akal. Tahun ini, mereka teruskan lagi dengan siri ConceptD baru melalui model ConceptD 100.

ConceptD 100
Pemproses Intel Core i5 Generasi Ke-9
Grafik  NVIDIA GT 1030/NVIDIA Quadro P620
RAM 16-32 GB DDR4
Storan Dalaman  128GB – 256GB SSD atau 1TB/2TB HDD
Sistem Operasi Windows 10 Pro
I/O 1 x USB-C, 1x pembaca kad SD, pembaca USB-A
Harga Jualan Pasaran Euro sekitar RM3863.93

Ia adalah sebuah PC bajet yang memfokuskan 100% pada penyuntingan gambar atau kerja-kerja rekaan grafik 2D. Ia menjalankan Windows 10 Pro, dijana dengan cip Intel Core i5 generasi ke-9, dipadankan dengan memori 16GB RAM DDR4-2666MHz yang boleh dinaik taraf ke 32GB dan pilihan storan 1TB/2TB 7,200 RPM HDD,
128GB/256GB M.2 PCIe SSD, 128GB/256GB M.2 SSD. Untuk kad grafik pula, terdapat pilihan NVIDIA GT 1030 atau NVIDIA Quadro P620, menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.0, dan yang paling menarik – ia dijual pada harga 799 Euro sahaja, iaitu sekitar RM3864.93. Saiz PC ini juga adalah kompak iaitu 100mm x 330mm x 295mm sahaja.

Acer turut menjanjikan yang PC ini akan kekal senyap ketika pengguna sedang menggunakannya. Untuk port sambungan; ConceptD 100 menyertakan 1x USB-C yang menyokong pemindahan fail sepantas 10Gbps dan mampu disambungkan pada paparan 4K, sudah tentu ia adalah PC untuk para kreatif, jadi pembaca kad SD turut disediakan, dan akhir sekali adalah port USB 3.1 Gen2 untuk kemudahan pengguna.

Buat masa ini Acer ConceptD 100 memfokuskan pada pasaran Eropah terlebih dahulu, jadi tidak pasti jika ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd