Siri ConceptD dari Acer adalah siri yang memfokuskan pengguna profesional kreatif, seperti pengguna Photoshop, Lightroom dan lai-lain. Ia sudah hadir dengan banyak variasi dan model tidak kira dari yang mahal sehinggalah yang mampu milik. Terkini, mereka hadir dengan siri ConceptD 3 pula yang mana masih mengekalkan rekaan dan spesifikasi seakan variasi yang mahal – tetapi dijual pada harga yang lebih mampu milik.
1. ConceptD 3 Ezel
Ia adalah komputer riba dua dalam satu, iaitu tablet atau komputer riba. Mengekalkan papan kekunci dengan sokongan amber-backlit, binaan logam, pad sesentuh dengan kemasan kaca, dan juga rekaan engsel Ezel yang unik. Ia membolehkan pengguna berubah-ubah antara enam mod berbeza, ketahanan bateri sehingga 18 jam, papan kekunci yang boleh diprogramkan semula mengikut citarasa pengguna, pembaca kad SD terbina, dan juga port Thunderbolt 3. Mengikut variasi 14-inci atau 15-inci, beratnya bermula dari 1.68KG sahaja.
Untuk skrin, ia menggunakan panel FHD PANTONE-Validated yang menyokong sesentuh dan menyokong sRGB gamut warna 100% degan kejituan warna delta E<2. Menguasakan komputer riba ini adalah pilihan cip sehingga Intel Core i7 generasi ke-10 10750H, kad grafik sehingga NVIDIA Quadro T1000, SSD 1TB dan mampu beroperasi dalam keadaan yang senyap. Harga pula bermula dari $1,499.99, iaitu sekitar RM6,411.
2. ConceptD 3
Seperti versi yang di atas, ia turut memfokuskan kepada pengguna profesional kreatif – cuma yang ini tiada engsel Ezel dan hanyalah sebuah komputer riba biasa. Tetapi untuk bateri, ia menjanjikan ketahanan sehingga 20 jam. Manakala, spesifikasi lain-lain adalah kekal sama. Menariknya harga permulaan pula hanyalah $999.99, iaitu sekitar RM4,274.