Cari @ Amanz

Mungkin rama tidak tahu pemancar isyarat radio pada menara telekomunikasi perlu dipasang pada sudut dan arah yang betul untuk memastikan rangkaian selular berfungsi pada tahap optimum. Oleh itu kedudukan pemancar perlu diperiksa oleh pekerja yang memerlukan mereka memanjat menara yang tinggi. Ini bukan sahaja berbahaya, mengambil masa yang lama dan memenatkan.

Di Samsung mereka menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan dron serta kecerdasan buatan. Sebuah dron diterbangkan ke arah menara telekomunikasi dan gambarnya diambil. Gambar ini kemudiannya dihantar ke awanan untuk diproses oleh kecerdasan buatan yang menganalisa sudut pemasangan pemancar secara automatik.

Sekiranya berlaku perbezaan dari sudut optimum barulah pekerja akan memanjat menara untuk melakukan tugas menyelenggara. Sistem ini dibangunkan oleh Samsung Networks yang memberikan perkhidmatan peralatan komunikasi 5G dan 4G untuk pelanggan mereka. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko ke atas pekerja tetapi juga menjimatkan masa mereka kerana tidak perlu memanjat kesemua menara telekomunikasi yang wujud.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd