Android Auto tidak membenarkan sebarang aplikasi panggilan video digunakan di dalam kereta, kerana ia merbahaya dan boleh melekakan pengguna. Tetapi, perbualan dalam bentuk teks tidak menjadi masalah – kerana pengguna boleh kawal dengan Google Assistant dan atau rakan di kerusi sebelah boleh bantu membalas.
The latest Insider build is here with some new features in Skype for Mobile. On iOS you can change your camera background. And for Android users we have improved Skype for Android Auto :)
8️⃣ . 6️⃣ 2️⃣ . 7️⃣ 6️⃣ . 2️⃣ 7️⃣ is what you are looking for. https://t.co/AEd7THdbzs— Skype Insider (@SkypeInsider) June 18, 2020
Terkini, aplikasi Skype dikemaskini untuk menyokong Android Auto. Tetapi fungsi yang dibawakan adalah amat terhad. Skype untuk Android Auto ini hanya boleh membuat perbualan dalam bentuk teks sahaja. Panggilan video atau panggilan suara dari Skype sendiri tidak disokong. Ini mungkin satu permulaan baru, kerana ada sahaja pengguna di luar sana setia menggunakan Skype – walaupun sudah banyak alternatif lain.