Cari @ Amanz

Opera melalui pelayar web desktop mereka sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri sosial dan permesejan mudah. Terbaru, melalui kemaskini Opera 69 untuk desktop, ia kini hadir bersama integrasi Twitter secara terbina.

Opera Twitter

Dengan langkah ini, anda boleh menguruskan akaun Twitter anda dengan lebih mudah, selain mengikuti pelbagai kemaskini dengan lebih senang.

Penambahan Twitter ini hadir selepas Opera menambah ciri Instagram, Telegram, Facebook Messenger dan WhatsApp ke pelayar web mereka sebelum ini. Pengguna boleh memilihnya, dan ia akan kekal pada bahagian tepi pelayar web untuk akses pantas.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh memuat-turun dan menikmati pelbagai ciri lain, termasuk kemaskini sekuriti dan sebagainya melalui Opera 69 untuk desktop ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd