WhatsApp Bereksperimen Dengan Pelekat Beranimasi

WhatsApp Bereksperimen Dengan Pelekat Beranimasi

Diterbitkan pada Jun 24, 2020 oleh .

WhatsApp sedia memperkenalkan ciri “Sticker” sebelum ini, yang mana menawarkan imej bersaiz sedikit besar, yang memudahkan lagi pengguna memperlihatkan ekspresi ketika bersembang – lebih baik berbanding penggunaan emoji.

Sejak pengenalan, pelbagai variasi “Sticker” telah ditawarkan, termasuk daripada penerbit kandungan yang lain.

Menariknya, kini WhatsApp dilihat sedang bereksperimen dengan sebuah lagi ciri baru berkaitan “Sticker” ini, iaitu “Sticker” beranimasi.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa perkhidmatan permesejan, termasuk Telegram telah memperkenalkan ciri ini, dan kini ia dilihat bakal hadir ke WhatsApp tidak lama lagi.

Langkah ini akan memudahkan lagi pengguna menyampaikan ekspresi mereka menggunakan sesuatu “Sticker” dengan lebih baik.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan sepenuhnya kepada semua pengguna.



Paling Popular