Cari @ Amanz

Kurang daripada dua minggu sahaja lagi Honor X10 Max bakal diperkenalkan secara rasmi. Peranti ini turut menjadi topik utama bualan ramai dan semakin hari, semakin banyak maklumat tertiris mengenainya yang dikongsi secara meluas.

Pendedahan terkini memperlihatkan peranti ini disahkan hadir dengan panel RGBW untuk penawaran paparan yang lebih cerah dan jelas melaluinya. Prestasi paparannya juga telah dipertontonkan menerusi sebuah video pendek, Ia memperlihatkan penggunaan peranti di bawah cahaya matahari terik langsung tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

Video tersebut juga memperlihatkan peranti ini menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil. Ia dilihat berbeza dengan rekaan padan siri X10 yang dilancarkan sebelum ini. Peranti ini juga dipercayai hadir dengan saiz skrin yang besar mencecah 7.09-inci. Untuk ketahui lanjut mengenai penawaran peranti, kita tunggu pelancaran rasmi pada 2 Julai kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd