Xiaomi Memperkenalkan Pengering Rambut Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM179

Xiaomi Memperkenalkan Pengering Rambut Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM179

Diterbitkan pada Jun 24, 2020 oleh .

Xiaomi kini telah memperkenalkan satu lagi produk baru dibawah ekosistem pintar mereka, iaitu sebuah pengering rambut. Dinamakan sebagai Mi Ionic Hairdryer, ia akan dijual bermula 25 Jun ini di Malaysia, pada harga RM179 sebuah.

Mi Ionic Hair Dryer

Seperti pengering rambut yang lain, ia turut hadir dengan modul pintar untuk mengawal suhu, selain mengenal-pasti cuaca persekitaran dalam memastikan ia tidak merosakkan rambut atau permukaan kulit kepala anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pengering rambut ini secara rasmi bermula 25 Jun 2020 ini.



TIPS & ULASAN