Razer DeathAdder V2 Mini Dilancarkan Pada Harga RM259

Razer DeathAdder V2 Mini Dilancarkan Pada Harga RM259

Diterbitkan pada Jun 25, 2020 oleh .

Tetikus ialah senjata penting bagi peminat permainan video pada platform PC. Razer DeathAdder pula ialah tetikus pilihan beberapa pemain profesional kerana rekaannya yang ergonomik. Hari ini Razer DeathAdder V2 Mini telah dilancarkan yang merupakan DeathAdder dengan saiz yang lebih kecil serta lebih ringan.

Razer DeathAdder V2 Mini mengekalkan rekaan DeathAdder bersaiz biasa dengan sensor 8500 DPI dan suis yang tahan ditekan sehingga 70 juta kali. Seperti produk Razer yang lain, tetikus untuk permua ini mempunyai sokongan lampu LED Razer Chroma.

Enam butang disertakan dan boleh diprogramkan mengikut keperluan pengguna. Ini kemudiannya boleh disimpan sebagai profil terus ke dalam tetikus.

Tubuh diperbuat daripada plastik dengan kemasan khas anti gelincir bagi memastikan ia tidak terlepas dari tangan. Wayar sambungan pula adalah bersulam bagi meningkatkan ketahanan. Razer DeathAdder V2 Mini dijual hari ini di kedai atas talian Razer pada harga RM259 dan secara terbuka bermula 25 Jun ini.



Paling Popular