Cari @ Amanz

Dengan norma baharu pelbagai prosedur baharu juga perlu digunakan untuk aktiviti yang tidak lagi sesuai di dalam dunia yang sedang menentang Covid-19. Untuk tahun ini konvokesyen universiti turut terpaksa diubah kerana keperluan memenuhi pembatasan sosial. Di UiTM mereka mempunyai idea yang menarik ialah majlis dilakukan secara temu janji serta menggunakan teknologi skrin hijau.

Graduan perlu melakukan temu janji untuk hadir ke konvokesyen pada skala mikro ini. Selepas menerima waktu temu janji menerusi SMS mereka perlu ke kolej untuk mengambil gambar konvokesyen yang berlatarbelakangkan skrin hijau. Imej ini kemudian akan dimanipulasi dengan meletakkan imej latar belakang dan bergambar bersama canselor atau naib canselor.

Selepas itu mereka dibenarkan bergambar bersama ahli keluarga untuk merakamkan memori hari yang bersejarah ini. Majlis konvokesyen yang biasanya mengambil masa berhari-hari untuk raptai dan separuh hari lamanya untuk hari sebenar kini hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk selesai.

Ini ialah langkah yang diambil oleh UiTM untuk memastikan graduan masih boleh menikmati majlis konvokesyen dan pada waktu yang sama mematuhi pembatasan sosial untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. Di Malaysia Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA sebelum ini ingin menggunakan robot sebagai ganti graduan tetapi menerima tentangan. Ini adalah sama seperti yang telah dilakukan sebuah universiti di Jepun.

Terima kasih @Bellamhd08

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd