Carian
Pengeluaran Segway PT Akan Dihentikan Bulan Hadapan
June 25, 2020 Effi Saharudin

Segway PT (Private Transporter) ialah kenderaan peribadi dwi-roda  yang boleh mengimbang secara automatik ciptaan oleh Dean Kamen. Semasa diumumkan pada tahun 2001, terdapat ramalan PT akan mengubah dunia dan menjadi pengganti kepada berjalan di bandar. Selepas 19 tahun, pengeluaran Segway PT akan dihentikan pada 15 Julai akan datang oleh Ninebot yang mengambil alih Segway lima tahun yang lalu.

Sejurus selepas dilancarkan, PT menerima kritikan kerana harga jualannya yang tinggi mencecah $5000. Di Malaysia model Segway PT Model i2 SE dijual pada harga bermula RM28,800 sebuah. Ia juga terlibat dalam beberapa insiden kemalangan berprofil tinggi seperti presiden George H W Bush dan pemilik syarikat Segway sendiri yang terkorban selepas terhumban ke dalam gaung.

Oleh sebab itu sepanjang 19 tahun pengeluaran, hanya sekitar 140,000 Segway PT telah berjaya dijual jauh dari sasaran 100,000 unit dalam masa 13 bulan. Kebanyakannya digunakan oleh sektor pelancongan dan juga pengawal keselamatan. Dengan penamatan pengeluaran, Segway tidak lagi mengeluarkan kenderaan dwi-roda yang boleh mengimbang sendiri. Produk yang serupa akan hanya ditawarkan oleh Ninebot bersama dengan skuter elektrik dan Go-Kart.

Komen