Realme X3 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855+ Dan Skrin 120HZ

Realme X3 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855+ Dan Skrin 120HZ

Diterbitkan pada Jun 25, 2020 oleh .

Realme X3 dilancarkan sebentar tadi sebelum alternatif lebih mampu milik kepada Realme X3 SuperZoom yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Seperti X3 SuperZoom, Realm X3 juga menggunakan cip Snapdragon 855+ tetapi tidak dilengkapi sistem zum mekanisme periskop

Spesifikasi lengkap peranti ialah skrin 6.6″ LCD FHD+ 120Hz, cip Snapdragon 855+. memori sehingga 8GB RAM, storan 128GB UFS 3.0, kuad-kamera utama 64+12 8+2 megapixel. kamera swafoto 16+8 megapixel dan bateri sebesar 4200 mAh. Bateri ini boleh dicaj semula menggunakan pengecasan 30W Dart Charge menerusi port USB-C.

Kamera utama menggunakan lensa sudut lebar, telefoto, ultra sudut lebar dan makro. Sistem telefoto hanya menyokong zum hibrid sehingga 20X berbanding 60X pada X3 SuperZoom. Pada bahagian hadapan pula terdapat lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar. Peranti ini menggunakan pelancar Realme UI yang berasaskan Android 10.

Kerana penggunaan skrin LCD, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi terbina dalam butang kuasa. Satu perkara lagi peranti tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm. Di India Realme X3 dijual pada harga bermula INR 24,999(~RM 1414) sebuah.



Paling Popular