Sony bakal melancarkan konsol Sony PlayStation 5 mereka pada hujung tahun ini, tetapi syarikat teknologi Jepun tersebut sedang giat mencari isu kerentanan dan pepijat yang mungkin hadir pada konsol perkhidmatan sedia-ada mereka.
Justeru itu, Sony mengumumkan program ganjaran untuk mencari kerentanan pada konsol PlayStation 4, PlayStation Network dan juga laman jualan atas-talian PlayStation Store mereka.
Bergantung kepada kerentanan yang ditemui, Sony memberitahu bahawa mereka akan membayar $100 (~RM400) hingga $50,000 (~RM200,000) untuk sebarang kerentanan yang ditemui pada platform-platform ini.
Program ganjaran ini dinamakan Vulnerability Rewards Program (VRP) akan dikendalikan oleh HackerOne yang terkenal untuk menjalankan program-program yang sama untuk jenama-jenama terkenal yang lain.