Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Ningmei CR100 – Sebuah PC Kompak Bernilai Sekitar RM850

Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Ningmei CR100 – Sebuah PC Kompak Bernilai Sekitar RM850

Diterbitkan pada Jun 25, 2020 oleh .

Xiaomi mula memasuki arena komputer pada tahun 2016 melalui sebuah komputer riba, Mi Notebook Air. Tahun demi tahun, Xiaomi mengikuti trend dengan memperkenalkan pelbagai variasi komputer riba dengan spesifikasi dari kelas pertengahan sehingga yang paling berkuasa – tetapi mengekalkan harga yang kompetitif. Mereka kemudiannya hadir dengan paparan, tetikus dan banyak lagi peranti dan aksesori – tetapi masih tiada PC.

Terkini, mereka dilihat sedang mula mengumpul dana di laman Youpin untuk sebuah PC permulaan yang berharga sekitar RM850 sahaja. PC ini adalah Ningmei CR100. PC ini dijana dengan cip Intel Celeron J4105 empat-teras, dipadankan dengan memori 8GB RAM DDR4 dan storan dalaman SSD 256GB. PC ini turut mempunyai dua pembesar suara terbina, pelesapan haba omnidiarah, dan sistem vakum empat-arah untuk memastikan pengudaraan adalah baik. PC ini turut mempunyai banyak port seperti USB-A 3.0, LAN, VGA, HDMI, bicu audio, kad SD dan USB-C.

Berat pula hanya 0.76KG, dengan saiz 192 x 188 x 54mm, dan menggunakan rekaan yang dilihat bertemakan industri. Ia mungkin sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil atau hanya sebuah PC ringkas untuk kerja-kerja ringan. Harga jualan rasmi di Xiaomi Youpin adalah RMB1499, iaitu sekitar RM850 sahaja.



Paling Popular