Cari @ Amanz

Singapore Telecommunications Limited (Singtel) dilaporkan Reuters telah memilih Nokia dan Ericsson untuk membina infrastruktur rangkaian 5G di Singapura. Memetik sumber, Singtel dalam perundingan dengan pihak Ericsson untuk menjadi vendor utama rangkaian 5G.

Manakala, usaha sama antara M1 dan StarHub pula telah memilih Nokia sebagai pembekal pilihan rangkaian utama yang menyokong 5G gelombang milimeter. Mereka walau bagaimanapun sedang mengkaji untuk turut menggunakan kelengkapan yang dikeluarkan oleh Huawei dan ZTE..

Singapura

Tidak seperti yang berlaku di Jepun, Australia dan New Zealand, Singapura tidak pernah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan kelengkapan 5G dari China oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Dengan pemilihan kelengkapan teras dari Nokia dan Ericsson, Singapura dilihat seakan mengikuti jejak United Kingdom yang telah mengehadkan penggunaan kelengkapan 5G China di negara mereka. Tindakan ini mungkin tidaklah mengejutkan memandangkan Singapura dan UK kedua-duanya adalah sekutu rapat Amerika Syarikat yang memulakan perang perdagangan ke atas China sejak dua tahun yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd