Carian
Viber Memboikot Facebook – Membuang Integrasi Teknologi, Termasuk Giphy
June 26, 2020 Aman

Viber, salah satu perkhidmatan permesejan popular di dunia yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kini dilihat menyertai sejumlah pihak dalam memboikot Facebook.

Viber merupakan perkhidmatan permesejan yang dimiliki oleh Rakuten berpusat di Jepun. Perkhidmatan permesejan dan panggilan ini agak popular dirantau Asia.

Dengan langkah memboikot ini, Viber tidak lagi akan mengiklan di Facebook dan juga Instagram. Selain daripada itu, Viber juga telah memmulakan proses untuk membuang pelbagai teknologi Facebook daripada aplikasi mereka.

Antara perkara yang akan dibuang adalah termasuk log masuk menggunakan Facebook, dan juga integrasi Giphy.

Langkah memboikot ini hadir diperkatakan disebabkan Facebook gagal mengambil langkah yang mencukupi dalam mengurangkan penyebaran penipuan dan juga propaganda yang berbahaya melalui platform mereka.

Komen