Cari @ Amanz

Fon telinga sering disumbat ke dalam telinga yang harus anda akui tidak sesuci salju. Kami ada beberapa fon telinga yang kami ragui kebersihannya selepas digunakan sejak beberapa lama. Dengan dunia kini cukup fobia dengan kuman, LG Tone HBS-FN6 telah dilancarkan dengan sistem nyahkuman terbina pada pod pengecas.

Pod pengecas LG Tone HBS-FN6 mempunyai sistem lampu UVnano membasmi kuman pada fon telinga dan juga dalaman pod pengecas ini sendiri. Dari segi kemampuan audio, terdapat sokongan audio spatial menerusi Meridian Audio. Hayat penggunaan adalah sehingga enam jam atau 18 jam dengan pod pengecas. Pengecasan dilakukan menerusi pod USB-C. Seperti kesemua fon telinga nirwayar moden, ia boleh mengawal mainan audio secara sentuhan serta menyeru pembantu maya kegemaran.

LG Tone HBS-FN4 turut dilancarkan dengan spesifikasi yang sama cuma tiada sistem nyahkuman pada pod pengecas. Codec audio yang diskong pula adalah SBC / AAC. Tiada pembatalan hingar aktif disertakan. Akhir sekali kedua-dua fon telinga melepasi piawaian kalis air IPX4 yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti bersukan sehingga berpeluh. Buat masa ini harga jualan masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd