Google ARCore Depth API Membolehkan Objek Maya Menyorok Di Belakang Objek Dunia Sebenar

Google ARCore Depth API Membolehkan Objek Maya Menyorok Di Belakang Objek Dunia Sebenar

Diterbitkan pada Jun 26, 2020 oleh .

Realiti terimbuh boleh ditemui dalam pelbagai permua dan juga sistem navigasi. Satu kelemahan realiti terimbuh pada waktu ini ialah objek maya yang dihasilkan tidak berinteraksi dengan baik dengan objek dunia sebenar. Ini sedikit sebanyak merencatkan pengalaman menggabungkan objek maya dengan dunia sebenar secara realistik.

Google ARCore Depth API telah dilancarkan hari ini dan sekaligus menyelesaikan masalah utama ini. Yang membuatkan API ini menarik ialah ia boleh digunakan pada peranti yang hanya dilengkapi satu kamera sahaja tanpa perlu menggunakan kamera 3D TOF. Kesemuanya dilakukan menerusi perisian.

Pada waktu ini ARCore Depth API telahpun digunakan dalam permua Five Nights at Freddy’s: AR: Special Delivery. serta lensa Snapchat seperti Dancing Hotdog dan Undersea World. Ia mengingatkan kami kepada teknologi Niantic Real World Platform untuk Pokemon Go yang diperlihatkan dua tahun lalu dan kini diuji pada berbapa peranti Android terpilih.



TIPS & ULASAN