Carian
Panggilan Video Google Meet & Google Duo Kini Boleh Dilakukan Terus Pada Paparan Pintar
June 26, 2020 Fahim Zahar

Sejak Covid-19, penggunaan perkhidmatan panggilan video atau telesidang semakin menjadi-jadi. Disebabkan orang ramai perlu berkurung di rumah, untuk bertemu dengan rakan-rakan, keluarga, pasangan adalah melalui dunia maya sahaja. Google turut mengemaskini Google Meet dan Google Duo untuk sokongan telesidang, Zoom, Skype, Microsoft Teams dan banyak lagi menjadi pilihan orang ramai.

Peranti yang boleh digunakan pula ada banyak, telefon pintar, tablet ataupun komputer. Terkini, terdapat peranti lain pula yang akan memudahkan lagi pengguna membuat panggilan video atau telesidang – iaitu paparan pintar. Google baru-baru ini membenarkan pengguna Nest Hub Max, LG XBOOM AI ThinQ WK9 Smart Display, JBL Link View, Lenovo’s 8″ dan 10″ Smart Display melakukan perkara tersebut. Pengguna hanya perlu menyeru “Hey Google, start a meeting”dan panggilan telesidang Google Meet akan bermula. Pengguna turut boleh selarikan Google Calendar untuk memudahkan panggilan telesidang seterusnya dilakukan dengan menyeru “Hey Google, join my next meeting”.

Pada paparan pintar juga, akses pantas kepada kenalan terpilih kini boleh ditetapkan. Dengan tetapan ini, panggilan video Google Duo boleh dilakukan dengan lebih pantas. Pengguna juga boleh menyeru Google dengan menyebut nama pertama yang ditetapkan dalam kenalan untuk akses lebih pantas seperti “Hey Google, call Fahim”. Buat masa ini, fungsi ini terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan Google Meet pula terhad untuk paparan pintar Nest Hub Max terlebih dahulu.

Komen