Cari @ Amanz

Pada bulan Disember tahun lepas, Google mula mengedarkan kemaskini Android 10 untuk Android TV. Walau bagaimanapun, ianya terhad kepada pembangun sahaja. Bukannya ia terhad kepada pembangun sahaja, malah peranti juga terhad – kerana Android 10 untuk Android TV hanya boleh digunakan pada kotak set ADT-3 sahaja.

Sehingga hari ini, kesemua televisyen pintar Android TV atau kotak set Android TV – versi terkini yang stabil dan disokong adalah Android 9. Android 10 belum lagi diedarkan. Walaupun begitu, Google telah memulakan ujian Android 11 untuk Android TV pula. Seperti versi Android 10 tadi, ia juga terhad kepada kotak set ADT-3 sahaja.

Umum sedia maklum yang Google bakal melancarkan dongel Android TV mereka dengan kod nama Sabrina. Ia mungkin akan menjadi yang pertama menyokong Android 10 Android TV sebelum versi perisian ini diedarkan kepada peranti lain. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd