Cari @ Amanz

Misi Artemis oleh NASA ingin mengembalikan manusia ke permukaan bulan pada tahun 2024. Setakat ini baju angkasa lepas dan angkasawan untuk misi ini telah diperlihatkan dengan sistem pelancaran sedang menjalani proses pemilihan. Kerana manusia telah lama tidak ke permukaan bulan. NASA kini menganjurkan pertandingan mencipta tandas yang akan digunakan di permukaan bulan.

Ramai tidak tahu tandas yang digunakan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) misalnya beroperasi dalam graviti mikro. Di permukaan bulan graviti adalah lebih rendah dan rekaan tandas sekarang tidak boleh digunakan. Oleh sebab itu antara fakta yang ramai tidak tahu mengenai misi ke bulan lebih 50 tahun yang lalu ialah tandas angkasa masih belum dicipta.

Angkasawan misi Apollo seperti Neil Armstrong perlu memakai seluar dalam khas yang menyalurkan tinja cecair dan pejal. Akibatkan kabin kapal angkasa berbau busuk kerana tinja tidak ditinggalkan di permukaan bulan.

Seperkara lagi tandas angkasa lepas pertama hanya dihasilkan untuk kapal angkasa SkyLab pada dekad 70an. Itupun masih bermasalah kerana hanya direka untuk angkasawan dan bukan angkasawati. Memandangkan Misi Artemis ingin membawa wanita pertama ke bulan, tandas baharu perlu dicipta segera. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan $35,000 (~RM150,000) oleh NASA. Jika anda mempunyai idea tandas graviti rendah sila hantarkannya untuk pertandingan ini mewakili negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd