Realme C11 merupakan sebuah telefon pintar baru yang bakal diperkenalkan secara rasminya tidak lama lagi. Ia dijadualkan bakal dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan, tetapi kini lebih awal, pihak Lazada Indonesia telah pun menyenaraikan peranti berkenaan.
Daripada apa yang diperlihatkan, Realme C11 bakal hadir dengan skrin 6.5-inci dengan bertakuk kecil, menggunakan cip MediaTek Helio G35, dilengkapi bateri 5000mAh, dan menggunakan dwi-kamera 13MP + 2MP dibelakang. Realme turut dilihat akan menyertakan mod Super Nightscape pada telefon pintar ini untuk memudahkan rakaman ketika waktu malam.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Realme Malaysia menjadualkan pelancarannya pada 30 Jun ini.