Cari @ Amanz

Antara penyebab utama kemalangan ialah pemandu yang tidak menyedari kehadiran kenderaan lain apabila merentas simpang empat. Frekuensi kemalangan meningkat apabila simpang mempunyai bangunan yang hanya membolehkan kenderaan yang datang dari titik buta dilihat pada saat akhir. Dengan sistem swapandu dibangunkan dengan kadar yang pantas, sistem yang membolehkan kereta pintar melihat kenderaan dari titik buta ini perlu wujud bagi mengelakkan kemalangan.

Penyelidik dari Princeton University telah membangunkan radar untuk kereta pintar yang boleh melihat kenderaan yang datang dari simpang bertentangan. Radar Doppler ini memancarkan bunyi ke hadapan kenderaan. Gelombang bunyi akan dipantulkan dan mengesan kenderaan atau objek yang datang dari arah 90 darjah yang tidak dapat dilihat. Bunyi  yang dipantulkan semula ke kereta adakan diproses oleh algoritma kecerdasan pintar yang mengenalpasti sama ada ia mendatangkan bahaya sebelum memperlahankan kenderaan.

Sistem radar mengesan titik buta seperti ini telah dibangunkan sebelum ini tetapi berasaskan laser. Masalah yang berlaku ialah keberkesanan laser akan berkurangan di kawasan yang terang kerana interferens. Sistem Doppler tidak mempunyai masalah ini dan menurut penyelidik adalah penyelesaian yang lebih murah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd