Carian
Samsung Galaxy A51s Dan Galaxy A71s Dengan Cip Snapdragon 765G Muncul Di Geekbench
June 29, 2020 Amy Maizuraa

Siri Samsung Galaxy A boleh dikatakan antara model yang sering menjadi perhatian kerana spesifikasinya yang menarik pada harga berpatutan. Kini, Samsung dilihat semakin agresif mengemaskini barisan peranti di bawah siri ini dan dua model baru daripadanya telah ditemui di penanda aras Geekbench.

Ura-ura mengatakan model yang dimaksudkan berkemungkinan Samsung Galaxy A51s (SM-A516V) dan Samsung Galaxy A71s (SM-A716V). Penyenaraian memperlihatkan peranti ini mungkin menggunakan pemproses Snapdragon 765G (berdasarkan kod nama Lito) dan menjalankan perisian Android 10 terkini. Pun begitu, sokongan memori dilihat berbeza di mana Samsung Galaxy A51s akan dibekalkan dengan RAM 6GB, manakala Samsung Galaxy A71s pula sebesar 8GB RAM.

Beralih kepada markah penanda aras pula, Samsung Galaxy A51s mencatatkan 624 mata untuk ujian teras tunggal dan 1,924 mata untuk ujian pelbagai teras. Samsung Galaxy A71s pula dilihat sedikit tinggi dengan 626 mata pada ujian teras tunggal dan 1,963 mata untuk ujian pelbagai teras.

Melalui pendedahan ini, kita dapat lihat Samsung tidak henti-henti memberikan berbagai pilihan peranti kepada pengguna. Adakah anda juga salah seorang daripada pengguna Samsung Galaxy A?

Komen