Honor MagicBook 14 Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 6 Julai – Menjalankan Windows 10

Honor MagicBook 14 Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 6 Julai – Menjalankan Windows 10

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk komputer riba terbaru Honor MagicBook 14 untuk pasaran Malaysia pada 6 Julai 2020 ini.

HONOR MagicBook 14

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk model yang bakal ditawarkan di Malaysia belum dikongsikan lagi. Honor MagicBook 14 ini dikatakan bakal dilengkapi dengan bateri untuk penggunaan sehingga 10 jam, dan turut menyertakan pengecasan pantas 65W – menawarkan kemudahan pengecasan sehingga 46% dalam tempoh 30 minit.

Disamping itu, Honor turut menyertakan integrasi MagicLink 2.0 untuk memudahkan sambungan antara telefon pintar dan komputer riba berkenaan.

Seperti kebanyakkan komputer riba lain, Honor MagicBook 14 ini menjalankan sistem operasi Windows 10.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 6 Julai ini untuk melihat lanjut apakah spesifikasi penuh dan harga jualannya untuk pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN