Facebook Dikatakan Sedang Menguji Mod Gelap Pada Aplikasi Mereka

Facebook Dikatakan Sedang Menguji Mod Gelap Pada Aplikasi Mereka

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Selepas memperkenalkan mod gelap (Dark Mode) pada aplikasi Instagram dan juga Facebook Messenger, Facebook akhirnya dilihat sedang menguji mod tersebut dengan melalui sekumpulan kecil pengguna secara global.

Kewujudan mod gelap untuk aplikasi Facebook telah dilaporkan oleh Social Media Today dan nampaknya hadir terlebih dahulu untuk mereka yang menggunakan peranti iPhone.

Pengguna Twitter @NotFridayCraig memperlihatkan beberapa salinan skrin yang menunjukkan aplikasi tersebut didalam mod gelap.

Pihak Facebook telah mengesahkan bahawa mereka sedang menguji mod tersebut melalui sekumpulan kecil pengguna di seluruh dunia sebelum ia dikeluarkan secara lebih meluas.

Buat masa ini Facebook masih tidak mengumumkan lagi bilakah mereka akan berbuat demikian.



TIPS & ULASAN