Xiaomi Bakal Memperkenalkan Redmi 9A Dan Redmi 9C Untuk Malaysia, Esok
June 29, 2020
Redmi
Xiaomi
Amy Maizuraa
Xiaomi kini melalui laman sosial mereka, telah mengumumkan bakal melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 9A dan juga Redmi 9C.

Kedua-dua model ini masih belum diumumkan secara rasminya, dan Malaysia dijangka menjadi antara negara terawal yang menerimanya.
Redmi 9A dan juga Redmi 9C dijangka menawarkan spesifikasi asas, dan Xiaomi mengacah penawaran bateri bertahan lama melaluinya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Xiaomi melalui dua telefon pintar ini untuk pasaran Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.