Cari @ Amanz

Lumrah dunia teknologi ialah apabila rekaan sesebuah peranti mula tertiris, semakin banyak maklumat tertiris akan menyusul. Minggu lagi imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Watch 3 telah tertiris. Hari ini lagi imej pengolokan rasmi ditiriskan oleh @evleaks tetapi kali ini dengan model 41mm berwarna gangsa.

Perbezaan di antara model 41mm dan 44mm bukan sahaja pada saiz tubuh. Bezel berputar pada muka jam mempunyai permukaan yang nipis tanpa gerigi kasar seperti Gear S3. Ketiga-tiga imej yang baru tertiris ini menunjukkan penggunaan tali jam yang diperbuat daripada kulit. Model dengan tali jam yang diperbuat daripada silikon mungkin ditawarkan seperti model-model terdahulu. Peranti masih belum diketahui tarikh pelancarannya tetapi terdapat ura-ura akan berlaku sebelum pelancaran Note 20 dan Galaxy Fold 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd