Carian
Google Photos Menghentikan Salinan Pendua Folder WhatsApp Dan Lain-Lain Secara Automatik Untuk Sementara
June 30, 2020 Aman

Google hari ini telah mengumumkan mereka akan menghentikan sementara salinan pendua Google Photos untuk beberapa perkhidmatan permesejan, termasuk WhatsApp dan juga Facebook Messenger.

Melalui perkongsian pihak Google, mereka mengatakan perkongsian imej dan video meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan, dan dalam usaha menjimatkan penggunaan sumber internet, ciri salinan pendua daripada perkhidmatan permesejan dimatikan sementara.

Langkah ini dilakukan secara automatik, dan antara aplikasi yang terkesan adalah WhatsApp, Messages, Kik, Instagram dan sebagainya.

Apa pun, pengguna masih boleh mengaktifkan kembali ciri melakukan salinan pendua ini dengan ke halaman Settings di Google Photos, memilih Back Up & Sync > Back Up device Folders, da seterusnya memilih folder yang anda ingin melakukan salinan pendua pada Google Photos.

Komen