Carian
Xiaomi Redmi 9A Berharga RM359 Di Malaysia, Redmi 9C Berharga RM429
June 30, 2020 Aman

Xiaomi hari ini telah mengumumkan penawaran dua telefon pintar berspesifikasi asas untuk pasaran Malaysia, iaitu Redmi 9A dan juga Redmi 9C.

Redmi 9C 9A

Kedua-duanya hadir dengan 2GB RAM, 32GB storan, selain menawarkan rekaan skrin bertakuk. Dari segi rekaan, Redmi 9C dilihat menawarkan tri-kamera belakang, sementara Redmi 9A pula menggunakan satu-kamera belakang.

Redmi 9A hadir dengan skrin 6.53-inci HD+, dijana cip Helio G25, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan bateri 5000mAh menggunakan pengecas mikro-USB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 13-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Redmi 9C turut hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip Helio G35, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan bateri 5000mAh dengan pengecas mikro-USB. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Redmi 9C turut menyertakan sensor pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Xiaomi Malaysia mengumumkan Redmi 9A akan ditawarkan pada 7 Julai ini pada harga RM359, sementara Redmi 9C pula akan ditawarkan pada penghujung Julai ini pada harga RM429. Bagi anda yang ingin mendapatkan Redmi 9A, pihak Xiaomi turut hadir dengan promosi khusus, ditawarkan pada harga RM319 khusus pada 7 Julai.

Komen