Waze Mengemaskini Rekaan Logo Dan Skema Warna

Waze Mengemaskini Rekaan Logo Dan Skema Warna

Diterbitkan pada June 30, 2020 oleh .

Bagi memudahkan proses pergi ke lokasi tugasan kami menggunakan aplikasi navigasi GPS. Antara aplikasi yang paling kerap digunakan ialah Waze. Hari ini mereka telah mengumumkan rekaan baharu untuk logo serta skema warna pada petan dalam aplikasi.

Bermula dengan logo terlebih dahulu yang kini diubah reka huruf, warna dan maskot mereka. Rekaan lebih kemas dan rata selari dengan Material Design syarikat induk mereka Google. Seterusnya peta kini akan mempunyai lebih banyak warna yang ceria bukan sekadar monokrom sebelum ini. Selain itu avatar Mood yang boleh digunakan pengguna untuk mempamerkan mod ketika memandu juga dikemaskini. Sebanyak 30 Mood boleh dipilih dengan lebih banyak akan ditambah di masa hadapan.

Pada waktu ini kami menyedari hanya ikon aplikasi dan skrin melancarkan Waze telah berubah ke rekaan terbaru. Peta di Malaysia masih lagi belum berwarna. Kemungkinan besar kesemua pembaharuan ini akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna global.



TIPS & ULASAN