Carian
U Mobile Tawar Perkongsian Talian Tambahan Untuk Unlimited Hero P139 Serendah RM1 Sebulan
June 30, 2020 Aman

U Mobile hari ini mengumumkan promosi khas untuk pengguna pelan Unlimited HERO P139, membolehkan pengguna mendaftar sehingga tiga talian tambahan dibawah talian utama pada harga hanya RM1 satu talian untuk sebulan.

Promosi ini memperlihatkan penawaran harga terendah buat masa ini, berbanding kebiasaan yang mana U Mobile akan caj sebanyak RM20 satu talian untuk sebulan.

U Mobile RM1 Share Line

Melalui talian tambahan ini, ia menggunakan 50GB daripada data terkumpul hotspot dibawah talian utama, selain menawarkan panggilan percuma selama 30 minit untuk sebarang nombor U Mobile setiap hari.

Penambahan talian dibawah pelan utama ini amat berguna sekiranya anda mempunyai peranti tambahan tanpa memerlukan data yang banyak – seperti jam tangan pintar selular, tablet, dan sebagainya.

Promosi ini ditawarkan oleh U Mobile untuk 12 bulan, dan selepas 12 bulan, harganya kembali kepada biasa, iaitu RM20 sebulan.

Komen