MediaTek hari ini telah melancarkan dua lagi cip pemprosesan terbaru, iaitu Helio G35 dan juga Helio G25. Kedua-duanya hadir dengan pengoptimasian khusus untuk permua, selain rakaman gambar yang lenbih baik.
Kedua-dua cip pemprosesan ini hadir dengan penawaran spesifikasi asas. MediaTek mengatakan kedua-duanya hadir dengan rekaan ARM Cortex-A53, dimana Helio G25 hadir dengan kelajuan pemprosesan 2Ghz, sementara G35 pula hadir dengan kelajuan 2.3Ghz. Kedua-duanya menggunakan rekaan berasaskan 12nm.
Cip pemprosesan ini hadir dengan sokongan GPU IMG PoweVR GE8320 dengan kelajuan sehingga 650Mhz untuk Helio G25, sementara Helio GH35 pula hadir dengan kelajuan sehingga 680Mhz.
MediaTek turut menyertakan sokongan dwi-4G bersama-sama dengan cip pemprosesan ini, selain menggunakan teknologi MediaTek HyperEngine Game Technology untuk memastikan penawaran lancar ketika bermain permua.
MediaTek Helio G25 juga hadir dengan sokongan rakaman 21MP pada kadar 30fps, sementara G35 pula hadir dengan kamera sehingga 25MP.
Di Malaysia, Xiaomi telah menawarkan telefon pintar menggunakan kedua-dua cip pemprosesan ini. Redmi 9A hadir dengan cip Helio G25, Redmi 9C pula hadir dengan cip Helio G35, sementara Realme pula telah menawarkan Realme C11 menggunakan Helio G35.