realme X50 Pro 5G- Peranti Mercu Mantap Untuk Masa Hadapan

realme X50 Pro 5G- Peranti Mercu Mantap Untuk Masa Hadapan

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Snapdragon merupakan salah satu cip pemprosesan yang sering digunakan dalam kebanyakkan telefon pintar masa kini. Antara cip Snapdragon yang terkini adalah Snapdragon 865 dimana ia membawakan spesifikasi yang baik untuk kelancaran peranti, serta dikatakan menyokong rangkaian 5G. Pelbagai model telefon pintar hadir dengan binaan Snapdragon 865 ini, dan antaranya adalah realme X50 Pro.

realme X50 Pro ini merupakan sebuah telefon pintar yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 6 Julai 2020 ini. Ia membawakan spesifikasi peranti mercu yang dikatakan mampu untuk memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 7nm lapan teras dengan prestasi teras A77 yang mampu untuk memberikan masa tindak balas yang lebih pantas. Jadi, apabila anda menatal skrin ke atas dan kebawah, ia dapat memberikan pengalaman yang lancar.

Menurut realme, dengan Snapdragon 865 prestasi realme X50 Pro ini dapat ditingkatkan dari segi penghasilan grafik dan juga penggunaan kuasa yang menjadikan prestasi keseluruhannya lebih baik daripada versi telefon pintar realme keluaran sebelumnya. Malah, prestasi telefon pintar ini juga telah dibantu dengan teknologi daripada AI yang telah ditingkatkan prestasinya sehingga 100%.

Bukan itu sahaja, telefon pintar realme X50 Pro ini juga menyokong rangkaian 5G. Oleh itu, dengan adanya sokongan rangkaian 5G pada setiap peranti pintar, ia memudahkan lagi pemindahan data untuk dilakukan dalam kapasiti yang lebih banyak dalam satu masa, iaitu 10 kali lebih pantas daripada rangkaian 4G yang kita ada sekarang. Cip pemprosesan Snapdragon 865 pada telefon pintar ini juga membantu dalam mengoptimasikan penggunaan rangkaian 5G ini.

Bagaimana teknologi yang terdapat pada Snapdragon 865 ini dapat membantu pengoptimasian rangkaian 5G? Ia adalah melalui susun atur 12 antena yang terdapat pada realme X50 Pro ini yang telah diposisikan kepada 360 darjah untuk mendapatkan isyarat rangkaian internet yang lebih stabil tanpa perlu risaukan posisi telefon pintar anda. Jadi, anda boleh membawanya kemana-mana dan masih lagi dapat menikmati rangkaian internet dan komunikasi yang lebih baik.

This slideshow requires JavaScript.

realme X50 Pro ini dibina dengan sokongan kuad kamera yang digabungkan dengan lensa 64MP bagi rakaman utama, 12MP untuk rakaman telefoto, 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar, dan satu lensa rakaman hitam-putih. Untuk kamera swafotonya pula, ia menyertakan dwi kamera gabungan 32MP untuk rakaman utama, dan 8MP untuk penggambaran ultra lebar.

Telefon pintar ini berkebolehan untuk menghasilkan rakaman yang baik dengan bantuan cip Snapdragon 865. Ini kerana cip pemprosesan ini mempunyai Spectra 480 ISP yang akan membaca dan memproses sejumlah bilangan pixel dengan banyak daripada sensor. Ini seterusnya dapat membantu dalam mengurangkan kesan hingar dalam gambar, dapat menghasilkan rakaman video yang lebih baik, sekaligus meningkatkan lagi kualiti gambar untuk menjadi lebih cantik dengan pewarnaan yang semulajadi.

Realme X50 Pro 5G

Selain dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, menyokong rangkaian 5G dan kualiti penggambaran yang baik, telefon pintar ini juga menyertakan kapasiti bateri sehingga 4200mAh, pengecas 65W SuperDart yang dikatakan mampu untuk membuat pengecasan penuh dalam masa 35 minit dan paparan skrin penuh Super AMOLED 90Hz. realme X50 Pro ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 Julai ini. Jadi, bagi anda yang berminat, jangan lupa mengikuti pelancaran telefon pintar ini melalui akaun rasmi realme di Facebook untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan harga dan jualan rasmi realme X50 Pro ini.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


TIPS & ULASAN