TSMC Dikatakan Mengisi Kekosongan Permintaan Cip 5nm Huawei Melalui MediaTek

TSMC Dikatakan Mengisi Kekosongan Permintaan Cip 5nm Huawei Melalui MediaTek

Diterbitkan pada June 30, 2020 oleh .

Pada awal bulan ini, kami ada melaporkan bahawa Taiwan Semiconductor Manufacturing Company tidak akan membangunkan SoC 5nm baru untuk Huawei akibat sekatan daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa TSMC sudahpun mendapat pengganti kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh Huawei melalui MediaTek.

Sebelum ini, MediaTek telahpun meminta TSMC untuk membina cip-cip 12nm dan 7nm mereka seperti Dimensity 820 dan Dimensity 1000, tetapi terkini, ia nampaknya mereka bersedia untuk memasuki arena 5nm.

Ia masih tidak diketahui lagi apakah pelan MediaTek dengan SoC 5nm, tetapi ia dijangka bahawa MediaTek akan memasuki arena peranti pintar kelas pertengahan atas dan peranti mercu.

Perkembangan ini belum disahkan lagi oleh TSMC ataupun MediaTek, tetapi pihak TSMC yang dilihat menutup kilang pengeluaran untuk HiSilicon sebelum ini, tetapi membukanya semula untuk pembangunan SoC 5nm untuk syarikat-syarikat seperti Apple, Supermicro dan juga Qualcomm.



TIPS & ULASAN