TWS Dari OnePlus Akan Digelar “OnePlus Pods” & Mungkin Meminjam Rekaan Oppo Enco Free

TWS Dari OnePlus Akan Digelar “OnePlus Pods” & Mungkin Meminjam Rekaan Oppo Enco Free

Diterbitkan pada June 30, 2020 oleh .

Sudah lama ura-ura OnePlus bakal hadir dengan TWS tersendiri tersebar di arena web. Tetapi sehingga hari ini ia masih tidak dilancarkan lagi. OnePlus tidak asing dengan aksesori audio, mereka pernah bekerjasama dengan JBL ketika zaman OnePlus One, pernah hadir dengan set fon telinga asas OnePlus Bullets, set fon telinga berwayar OnePlus Bullets 2, versi USB-C Bullets 2T, versi nirwayar Bullets Wireless, Wireless 2 dan Wireless Z. Oh ya, beberapa tahun lepas OnePlus turut pernah hadir dengan set fon telinga premium – OnePlus Icons.

Baru-baru ini ada kemaskini mengenai TWS ini, laporan melaporkan yang TWS dari OnePlus akan digelar OnePlus Pods. Bukan itu sahaja, setiap fon telinga itu berkemungkinan sekali akan menggunakan rekaan seakan AirPods. Disebabkan OnePlus adalah syarikat di bawah BBK Electronics, OnePlus turut dikatakan akan meminjam rekaan Oppo Enco Free. Pendapat saya, berdasarkan lakaran yang tertiris, fon telinga adalah seakan Oppo – tetapi pod pengecasan adalah mirip Vivo TWS Earphones. OnePlus Pods ini dilihat akan ditawarkan dalam warna hitam dan rekaannya akan sedikit mirip set fon telinga Bullets mereka.

OnePlus Pods ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan Julai. Berkemungkinan besar, ia akan dilancarkan bersama-sama dengan OnePlus Nord/Z akan datang. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN