Cari @ Amanz

Motorola kini dalam perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran peranti di bawah keluarga Moto G menerusi Moto G 5G. Imej pengolokan juga kini telah dikongsi secara meluas di arena web.

Memetik imej tersebut, ia memperlihatkan rekaan penuh peranti pada panel hadapan dan juga belakang. Melaluinya, kita dapat lihat panel belakang peranti menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan empat lensa utama. Rekaan flashnya agak menarik dengan rekaan yang memanjang dan ia ditempatkan bersalahan modul kamera.

Seterusnya, pada panel hadapan terdapatnya sokongan dwi kamera swafoto yang diletakkan secara berasingan. Binaan bezel kelihatan nipis pada bahagian sisi dan atas peranti. Namun, masih terdapatnya dagu pada bahagian bawah. Ia juga dijangka menggunakan pengimbas cap jari terbina di sisi.

Seperti biasa, maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi. Ramai menjangkakan model ini mungkin menjadi salah sebuah peranti 5G yang berpatutan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd