Cari @ Amanz

Platform penstriman permainan Google Stadia diperkenalkan pada tahun lepas, dimana Google menjanjikan pengalaman permainan PC melalui teknologi penstriman yang jauh lebih mampu milik berbanding membeli sebuah PC.

Selain daripada sebuah komputer dengan sambungan ke internet, pengawal permainan Stadia diperlukan untuk mengakses platform tersebut dan ia sepatutnya hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Setahun kemudian, pengawal permainan tersebut akhirnya memperkenalkan satu ciri yang “baru”, iaitu sokongan untuk Google Assistant.

Sayangnya, sokongan Google Assistant pada pengawal ini hanya boleh diaktifkan apabila pengguna bermain permainan menggunakan Stadia pada televisyen, dan bukan peranti mudah-alih ataupun komputer.

Lebih aneh lagi, Assistant pada pengawal ini masih tidak boleh mengenalpasti permainan yang dimainkan pengguna, dan hanya boleh digunakan untuk mengeluarkan arahan asas seperti menanyakan tentang cuaca dan mengawal peranti berhubung yang disambungkan kepada akaun Google anda.

Sedihnya, Google masih belum memperbaiki pelbagai masalah yang masih lagi membelenggu Stadia. Mungkin dengan ini mereka akan terus mengembangkan lagi kebolehan platform penstriman permainan tersebut dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd