SERV Mengambil-Alih REKA – Melihat Kepada Peluang Baru Dalam Arena Teknologi Automotif

SERV Mengambil-Alih REKA – Melihat Kepada Peluang Baru Dalam Arena Teknologi Automotif

Diterbitkan pada June 30, 2020 oleh .

REKA merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada penyelidikkan teknologi baru. Malah, sebelum ini, REKA turut pernah mempertontonkan teknologi swapandu mereka secara umum di beberapa jerayawara.

Terkini, SERV mengumumkan pengambil-alihan REKA, sekaligus ingin terus mengukuhkan kedudukan SERV dalam arena automotif, disamping melihat kepada pelbagai peluang baru dalam arena automotif mahupun teknologi secara umumnya.

SERV telah ditubuhkan pada 2017 yang lepas. Ia menawarkan sebuah aplikasi setempat untuk pemilik kenderaan, memudahkan pemilik kenderaan untuk membuat servis dan pelbagai perkhidmatan lain melibatkan kenderaan mereka.


Dengan pengambil-alihan ini, semestinya ia suatu yang menarik untuk melihat apakah langkah SERV seterusnya dalam berkembang – apatah lagi dengan tahun 2020 yang agak mencabar berbanding tahun-tahun lain.

Muat-Turun SERV untuk Android

Muat-Turun SERV untuk iPhone

Penafian : Amanz memiliki pegangan di REKA sebelum ini, dan melalui pengambil-alihan ini, Amanz mempunyai pegangan di SERV.



TIPS & ULASAN