Apple Membatalkan Kontrak Pembangunan Permua Apple Arcade Pada Beberapa Pembangun

Apple Membatalkan Kontrak Pembangunan Permua Apple Arcade Pada Beberapa Pembangun

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Apple Arcade adalah platform langganan bulanan untuk akses banyak permua pada ekosistem Apple. Tidak kita pada iOS, iPadOS, tvOS atau juga macOS – permua ini boleh dimainkan pada mana-mana peranti Apple. Dalam permua ini, pengguna akan bebas dari belian dalam aplikasi dan akan memiliki permua premium percuma selamanya selagi langganan bulanan dibayar. Kita juga tahu yang dalam Apple Arcade turut terdapat permua eksklusif yang khusu untuk Apple sahaja.

Apple Arcade

Terkini menurut Bloomberg, Apple sedang mengubah strategi terhadap Apple Arcade agar pengguna kekal setia dan terus melanggan. Langkah pertama Apple adalah dengan membatalkan kontrak pembangunan permu daripada beberapa pembangun. Menurut laporan, Apple tidak berpuas hati dengan permua yang dibangunkan kerana tidak menepati citarasa mereka. Salah satu permua yang menepati citarasa mereka adalah Grindstone, permua tekaria aksi yang membunyai banyak peringkat.

Tidak pasti apakah strategi Apple sebenarnya dan agak kasihan kepada para pembangun yang terus hilang kerja kerana Apple tidak puas hati dengan permua yang tekah dibangunkan. Jadi buat masa ini, tiada apa-apa yang boleh kita jangka dari Apple – mungkin akan ada kejutan mengenai Apple Arcade akan datang jika Apple mengubah strategi bagi menarik minat pengguna. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN