Cari @ Amanz

Aplikasi pejabat Google seperti Doc, Sheet dan Slide tidak dinafikan agak baik untuk penggunaan ringkas atau kecemasan jika pengguna kerap bergerak ke sana dan ke mari. Ini kerana ia adalah aplikasi pejabat yang sentiasa berada di awan, selagi pengguna ada akses Internet. Awal bulan, fungsi Smart Compose diperkenalkan kepada pengguna GSuite for Education. Nampaknya kali ini ada lagi fungsi menarik diedarkan untuk pengguna GSuite.

Smart Fill dan Smart Cleanup adalah dua fungsi baru yang diperkenalkan oleh Google. Ia adalah fungsi memasukkan data secara automatik bagi memudahkan lagi tugas pengguna seperti Smart Compose. Smart Fill mengesan paten secara automatik dari data dan kemudian menghasilkan formula yang mungkin boleh digunakan pada lajur. Kesemua lajur kemudian akan diisi secara automatik sekiranya sarana yang diberikan dipilih oleh pengguna.

Manakala Smart Cleanup pula adalah, membuat kemasan dengan pantas dan lebih tepat. Selepas selesai mengimport, Data Cleanup dari panel sisi akan menjana beberapa cadangan untuk membuang barisan yang berulang, kesilapan pada alamat atau salah penggunaan format.

Fungsi ini akan diedarkan kepada pengguna G Suite Enterprise, G Suite Enterprise for Education, dan G Suite Enterprise Essentials terlebih dahulu. Pengguna G Suite lain hanya akan menerima fungsi ini pada penghujung tahun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd