Cari @ Amanz

Prime Video adalah platform penstriman video dari Amazon. Seperti Netflix, ia juga memfokuskan kandungan asli dan cuba mendapatkan banyak lesen siri TV dan filem untuk hak siaran di platform mereka. Baru-baru ini, mereka baru sahaja lancarkan aplikasi untuk Windos 10 selepas berkurun lamanya Netlfix hadir dengan aplikasi mereka tersendiri.

Terkini, Amazon dilihat hadir dengan sokongan “Watch Party” pula – atau kata lainnya adalah parti menonton. Secara asasnya, ia adalah satu fungsi berbual yang terbina pada Prime Video. Pengguna boleh berhubung dengan 100 orang untuk menonton sambil berbincang beberan, menyelesaikan misteri atau berdiskusi. Pengguna hanya perlu mencari siri TV atau filem yang diminati, tekan Create Watch Party, kongsi pautan dengan rakan dan pengguna boleh terus tonton dan berbual.

Walau bagaimanapun, ia hanya terhad kepada pengguna Prime Video Amerika Syarikat sahaja dan hanya boleh diakses melalui pelayar web tertentu sahaja. Bukan itu sahaja, rakan-rakan yang ingin tonton bersama juga wajib memiliki akaun Amazon Prime Video untuk tonton bersama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd