Carian
Realme X50 Pro 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Julai – Hadir Dengan Snapdragon 865
July 1, 2020 Aman

Realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka bakal membawa masuk Realme X50 Pro 5G bakal hadir untuk pasaran Malaysia pada 6 Julai 2020 ini. Ia sekaligus akan menjadi salah satu telefon pintar mercu daripada Realme untuk tahun ini, dan semestinya ramai yang inginkan harga yang mesra poket melaluinya.

Realme X50 Pro 5G

Realme X50 Pro 5G hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan skrin 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan lima kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lesa hitam-putih. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar).

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 6 Julai ini untuk melihat apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Realme melalui telefon mercu terbaru ini.

Komen