Cari @ Amanz

Huawei Nova 7 5G Berharga RM1999 Di Malaysia – Dijana Kirin 985, 8GB RAM

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei Malaysia kini telah menyenaraikan satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Nova 7 5G. Telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G ini akan dijual pada harga RM1999 di Malaysia bermula 7 Julai 2020 ini.

Huawei Nova 7 5G

Huawei Nova 7 5G ini hadir dengan skrin 6.53-inci, menggunakan cip Kirin 985, dijana memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 4000mAh bersama-sama dengannya, serta menyokong pengecasan pantas 40W.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera hadpaan 32-megapixel, selain 4 kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel.

Telefon pintar ini menggunakan EMUI 10.1 berasaskan Android 10, dan menyertakan kedai aplikasi Huawei AppGallery.

Penyenaraian Huawei memperlihatkan Huawei Nova 7 5G berharga RM1999, dan dijual bermula 7 Julai 2020. Pra-tempahan awal juga akan hadir bersama sejumlah ganjaran menarik, termasuk Huawei CM510 Mini Speaker, Huawei 10000mAh SuperCharge Powerbank, kerangka Huawei Nova 7, dan storan awan Huawei 15GB selama 12 bulan.

Huawei Nova 7 5G


Komen ()