Penawaran Internet Percuma 1GB Diperluaskan Untuk Penggunaan Selama 24 Jam

Penawaran Internet Percuma 1GB Diperluaskan Untuk Penggunaan Selama 24 Jam

Diterbitkan pada July 1, 2020 oleh .

Pada bulan Jun lepas, kerajaan bersama-sama syarikat telekomunikasi telah mengumumkan akan menawarkan 1GB secara percuma untuk tujuan pembelajaran dan produktiviti sehingga 31 Disember 2020 kelak.

Pada awalnya, penawaran internet percuma 1GB setiap hari ini hanya terhad untuk digunakan antara 8 pagi sehingga 6 petang sahaja. Apa pun, hal tersebut kini berubah, dan kerajaan melalui SKMM telah mengumumkan yang mana pengguna boleh menggunakan data berkenaan kini selama 24 jam setiap hari bermula 1 Julai 2020 ini.

Seperti biasa, semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif untuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile boleh menikmati penawaran ini.

Penawaran internet percuma 1GB setiap hari ini adalah dalam usaha memudahkan tugasan pejabat mahupun pembelajaran atas-talian boleh dilakukan dengan mudah. Data percuma ini adalah terhad untuk sejumlah sumber pendidikan – termasuk seperti Udemy, Microsoft Office 365, Zoom, dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menikmati akses percuma ke perkhidmatan seperti MySejahtera – sekaligus memudahkan proses daftar masuk ke sejumlah lokasi seluruh negara.



Paling Popular