Cari @ Amanz

Telekom Malaysia melalui laman sosial hari ini menyatakan yang mana terdapat kerosakkan berlaku hari ini disebabkan oleh kebakaran di nod Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

TM dalam kenyataan mereka, mengatakan nod ini memainkan peranan utama bagi menyediakan sambungan internet untuk pelanggan sekitar Seberang Jaya. Pada masa yang sama, ia juga turut menyediakan sambungan untuk penyedia rangkaian mudah-alih di kawasan berkenaan.

Selari dengannya juga, pihak Celcom telah mengatakan yang mana pelanggan di Pulau Pinang dan Seberang Jaya mungkin mengalami gangguan perkhidmatan data dan suara.

Pasukan teknikal sedang dalam usaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas ini secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd