Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru untuk perkhidmatan permesejan mereka. Salah satu yang menarik adalah sokongan pelejat beranimasi.

Seperti ramai sedia maklum, Sticker atau pelekat adalah salah satu kaedah mudah dalam menawarkan ekspresi kita kepada penerima – selain penggunaan emoji. Melalui pelekat beranimasi, ia menjadikan pelekat berkenaan bergerak – sekaligus menjadikannya lebih menarik dan menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih baik lagi.

Disamping itu, WhatsApp hari ini turut mengumumkan pengenalan mod gelap untuk pengguna web dan juga desktop.

Ciri lain yang turut diperkenalkan adalah sokongan kod QR dalam memudahkan pengguna menambah rakan baru. Menggunakannya, anda hanya perlu mengimbas kod QR, dan tidak lagi perlu menaip nombor telefon dan menambah pada buku alamat terlebih dahulu.

WhatsApp QR

Ciri-ciri baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.

Bagi anda, apakah ciri yang paling menarik perhatian anda? Adakah pelekat beranimasi, kod QR, atau tema gelap untuk web?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd