Cari @ Amanz

Pada tahun ini, Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy Note 20 sekitar Ogos kelak. Aura dan bahang kehangatan pelancarannya makin dirasai selepas terdapat laporan mengatakan rekaan salah satu model di bawah siri ini telah diperlihatkan sendiri oleh pihak Samsung Rusia secara tidak sengaja.

Model tersebut dipercayai Samsung Galaxy Note 20 Ultra dalam warna ‘Mystic Bronze’. Kemasannya nampak mewah dengan salutan warna gangsa yang menonjol pada keseluruhan badan peranti dan juga sokongan S-Pen. Jika anda perasan, kemasan ini juga kelihatan sama dengan pilihan warna pada Samsung Galaxy Watch 3 yang tertiris sebelum ini dan pernah digunakan pada Galaxy Note 9. Samsung nampaknya bakal menampilkan sesuatu yang berbeza untuk penawaran kali ini.

Imej tersebut hanya memperlihatkan rekaan panel belakang peranti. Ia dilengkapi modul kamera segi empat dengan bonjol yang agak tebal. Melaluinya juga, kita dapat lihat ia menempatkan sejumlah lensa utama yang nampak agak besar dan disusun secara menegak. Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy Note 20 sekitar Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd